Istilah Seni

GARISAN
1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik
1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung
1.2Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
1.3Tanpa garisan,kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan



STENSILAN
1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem
1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau
dilubangkan pada kertas pedua
1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
i. Bahagian positif
ii. Bahagian negatif


LUKISAN
1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna teknik sewarna
1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering
1.3 Contoh media :
i.Pensel warna
ii.Arang,Krayon
iii.Pensil,marker pen
iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll



CATAN
1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi
1.2 Menggunakan bahan media basah
-penggunaan berus dan warna
-media basah memerlukan pelarut seperti
air atau minyak
1.3 Contoh media basah
i. Warna air/water colour
ii. Cat
iii.Cat minyak
iv. Warna poster

MONTAJ
1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri serupa
1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi
serta rekacipta yang kuat bagi mencantum gambar foto yang digunting
dari majalah-majalah.


MOTIF
1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau
fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
i. Organik
ii.Geometri



GURISAN
1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan
yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll



TEKAPAN
1.1 Adalah satu kaedah menghasil karya dengan cara menekap untuk mendapatkan jalinan asal.

KOLAJ
1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam
1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan
kertas dan menampal bahan tersebut
1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan
1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll




GEOMETRI
1.1 Berbentuk segi tiga,segi empat ,bulat dan rupa-rupa lain
yang mempunyai sudut




CETAKAN
1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan
pada sekeping permukaan blok ataupun plat
1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok
atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas
kertas


LIPATAN DAN GUNTINGAN
1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak
1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu,mengguntingkan
dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain
1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

BONEKA
1.1 Boneka adalah seni patung
1.2 Membentuk haiwan atau benda-benda dari bahan terbuang
1.3 Contoh bahan ialah kertas,kain dll
1.4 Ada 3 jenis boneka :
i. Boneka jari
ii.Boneka tangan
iii.Boneka tali
iv.Boneka tongkat


BATIK
1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’ataupun bunyi
berdetik
1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa iaitu tritik iaitu proses
menghasil batik
1.3 Teknik digunakan adalah resis
1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin
1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna
1.6 Ada 3 jenis proses batik :
I. Batik blok atau batik cap atau batik terap
ii.Batik skrin atau batik cetak
iii.Batik lukis atau batik tulis


TEMBIKAR
1.1 Satu seni kraf tradisional
1.2 Menggunakan bahantara tanah liat,dibentuk,dibakar dan digilapkan
1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi berbentuk fom
1.4 Bermula zaman primitif lagi.


ANYAMAN
1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah
secara berselang-seli 1/1,1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan
corak,jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang dikehendaki
1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :
i. Anyaman buluh
ii.Anyaman rotan
ii.Anyaman mengkuang/pandan


UKIRAN
1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan menggunakan pemahat
dan pisau wali atau pisau ukir dan mendatangkan corak berunsurkan
flora atau fauna
1.2 Ada 2 jenis ukiran :
i. Ukiran tebuk tembus
ii.Ukiran timbul